Sunday, June 13, 2010

Harga Ayam Naik Mendadak!

Pada musim cuti persekolahan ini,sudah tentu ramai yang ingin membeli ayam untuk majlis perkahwinan dan apabila anak-anak pulang ke kampung.Pasti menyusahkan orang apabila ingin mengadakan majlis perkahwinan kerana perlu membeli jumlah ayam yang besar.Marilah kita membaca keratan akhbar ini.


KUALA LUMPUR - Bagai sudah menjadi lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.
Kenaikan harga itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana menambah kos untuk tujuan itu.
Peliknya, pihak-pihak di sebalik industri ayam masing-masing memberikan alasan klise apabila ditanya punca masalah kenaikan harga tersebut.
Para pemborong mendakwa, harga ayam telah dinaikkan di peringkat ladang atas alasan kenaikan kos makanan menternak ayam manakala penternak pula memberikan alasan lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat.
Persoalannya, mengapa harga ayam tiba-tiba pada musim cuti persekolahan sedangkan kos penternakan ayam pada waktu lain tidak banyak bezanya.
Tinjauan Kosmo! Ahad di ibu negara dan beberapa bandar utama di seluruh negara mendapati harga ayam naik di antara 30 sen hingga RM1.50 sekilogram sejak sekolah mula bercuti pada 5 Jun lalu.
Harga ayam di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, Kuala Lumpur didapati naik sebanyak 30 sen daripada RM6.70 menjadi RM7 sekilogram ekoran tindakan pembekal menaikkan harga borong sehingga RM6.20 sekilogram.
Seorang peniaga, Anwar Manik, 37, memberitahu, pembekal telah menaikkan harga ayam beberapa sen sejak dua minggu lalu dan 30 sen lagi sejak seminggu lalu menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.
Dia difahamkan kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi sejak musim cuti sekolah bermula ekoran majlis-majlis kenduri perkahwinan.
Seorang lagi peniaga, Karyadi Kadok, 39, pula berkata, jualan ayam di kedainya kini terjejas ekoran kenaikan harga tersebut selain tidak menerima banyak bekalan seperti sebelum musim cuti persekolahan bermula.
"Sejak beberapa minggu lalu harga ayam naik sebanyak dua kali dan apabila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksa naikkan harga jualan untuk tampung kos," jelasnya.

Cepat Kaya atau Cepat Miskin?

Para pengguna di Malaysia amat gemar menggunakan Skim Cepat Kaya.Kita sering membaca berita tentang penipuan skim tersebut.Adakah warga Malaysia tidak sedar dari kejadian tersebut?Warga kita sering ditipu oleh pihak tersebut dengan memberi deposit dengan jumlah yang banyak tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran pun.Marilah kita mengenal lebih terperinci tentang skim tersebut.



        Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
        Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
  • "Anda hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....."
  • Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."
  • Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.
  • Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).
        Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.
Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:- [1]
  • Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
  • Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
  • Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
  • Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
  • Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Mari Berjimat!

Pengguna kini amat susah bebelanja dengan jimat.Terutamanya kaum wanita apabila mereka melihat baju-baju dan beg tangan yang amat menarik perhatian mereka.Terdapat beberapa cara untuk berbelanja secara jimat.Marilah kita sama-sama lakukan seperti di bawah ini.


Bijak wang dan bijak berbelanja

Menggunakan template BijakBudget untuk mengawal aliran keluar masuk kewangan dan perbelanjaan secara berterusan. Cara ini dapat mengelakan dari kesilapan dalam imbangan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.
Rancang dengan teliti.

Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti Ais berharga 
RM2,000.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM200.00 hingga cukup jumlah RM2000.00 baru beli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan + jumlah interest, disini anda akan rugi banyak wang. Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda setiap bulan.

Tips penggunaan kredit kad

Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kredit Kad sahaja. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad sebenarnya anda telah buat silap. Oleh itu tutup dua lagi Kredit Kad tersebut sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, sebab interest bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda bayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah interestnya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar.

Cara yang selamat menggunakan kredit kad ialah dengan menggunakan satu kredit kad sahaja, bila digunakan anda perlu cepat-cepat bayar semula. Jika nilai kredit RM5000 Pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja 4000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan.
Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah.

Elakkan dari berhutang.

Gunakan template BijakBudget untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada sedikit demi sedikit sehingga langsai semuanya.
Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.

Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00

Jimatkan Elektrik!

Pengguna masih tidak tahu menggunakan elektrik dengan cermat.Mereka sering membazirkan elektrik.Dengan ini,sumber tenaga akan berkurangan dan mungkin akan pupus dari dunia.Marilah kita menjimatkan tenaga elektrik dengan cara-cara di bawah ini.

  • Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.
  • Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 - 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.
  • Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
  • Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian - anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
  • Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
  • Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
  • Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.

  • Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.


Saturday, June 12, 2010

KRISIS GULA???!!!!

Krisis gula semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Marilah kita membaca teks ini bersama-sama....


KUALA LUMPUR: Sebuah koperasi di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu ditubuhkan dalam menangani krisis gula yang semakin runcing melanda beberapa negeri di seluruh negara.
Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, koperasi berkenaan perlu menyediakan bekalan gula apabila terdapat permintaan pengguna walaupun berlaku krisis atau khabar angin mengenainya.

“Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga atau kekurangan bekalan, pengguna tidak menjadi panik berikutan bekalan itu sentiasa boleh diperoleh dari koperasi berkenaan.

“Krisis kekurangan gula terjadi akibat ketakutan orang ramai yang bimbang tidak mendapat bekalan lantas mengambil jalan mudah dengan membeli dalam kuantiti berlebihan, sekali gus menyebabkan harga barangan itu meningkat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya melatah dengan khabar angin mengenai krisis gula.

Katanya, orang ramai seharusnya menggunakan kuasa pengguna dalam menentukan harga pasaran dan menyelesaikan isu gula.

Mengulas mengenai tindakan pemborong menyembunyi gula, beliau menyifatkannya sebagai mementingkan diri kerana bertujuan mengaut keuntungan secara berlebihan apabila berlaku krisis.

Nadzim berkata, masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada kementerian serta persatuan pengguna dengan melaporkan aktiviti berkenaan.

Beliau ditemui pada sidang media 'Konvoi Misi Bantuan Amal Kuala Lumpur'-Gerik-Yala,Thailand disini semalam


Konvoi anjuran PPIM dengan kerjasama SCS Communication and Event, Kelab Kembara 4x4 Selangor dan Bernama, Radio 24 akan berlangsung pada 11 sehingga 13 Jun nanti dengan penyertaan seramai 250 orang.

Perjalanan sejauh 600 kilometer yang membabitkan sebanyak 50 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda itu bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada individu serta syarikat korporat kepada empat rumah anak yatim di Perak dan tiga lagi di Yala, Thailand.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan, boleh menyalurkan terus ke akaun CIMB Bank, Bluemosque Charity Network 1228-0005- 1520-59.

Wednesday, June 9, 2010

PADA MASA INI,LAPAN HAK ASASI PENGGUNA INI TELAH DITERIMA SEBAGAI UNIVERSAL.SELAIN DARIPADA MENGIKTIRAF 15 MAC SEBAGAI HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA,ASPEK-ASPEK HAK ASASI PENGGUNA INI DIAMBIL KIRA APABILA NEGARA MENGGUBAL,MEMINDA ATAU MENGKAJI SEMULA SESUATU UNDANG-UNDANG YANG ADA HUBUNGKAIT DENGAN PENGGUNA

HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS

Keperluan asas bermaksud perkhidmatan ataupun barangan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.Keperluan asas juga merangkumi tempat tinggal ,air,makanan dan sebagainya.Bagi keperluan asas makanan,pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang mencukupi.Pengguna juga berhak untuk mendapat makanan dengan harga yang berpatutan dan juga disahkan halal oleh pihak JAKIM.Air yang bersih juga berhak untuk para pengguna supaya para pengguna dapat melakukan tugas harian mereka yang melibatkan penggunaan air.Selain itu,para pengguna juga berhak mendapat tempat tinggal yang selamat.Undang-undang yang melindungi para pengguna adalah Akta Pemaju Perumahan 1966 dan Akta Kontrak 1950.


Pada masa kini,krisis gula sering diperkatakan oleh pihak ramai.Kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna hampir setiap tahun telah berlarutan lamanya.Mungkin kebanyakan kita sudah lupa bila krisis gula bermula.Fenomena ini berlaku apabila penjual menyimpan gula sebagai stok sehingga kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangg mentah.Ini akan menyebabkan mereka untung dari segi penjualan mereka.Dengan ini,pengguna akan menghadapi kesukaran terutamanya penjual kuih yang kebanyakannya menggunakan gula untuk membuat kuih.Seorang suri rumah di Kelantan terpaksa menggantikan gula dengan menggunakan susu pekat yang banyak untuk membuat air.Perkara ini juga berlaku disebabkan sikap pengguna yang panik apabila mendengar khabar angin bahawa harga barang mentah akan naik.Mereka akan berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli gula dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai stok.Ini kerana,mereka berpendapat akan berasa lega apabila harga barang mentah naik.

HAK UNTUK MENDAPAT KESELAMATAN

Menjaga keselamatan telah menjadi satu perkara yang amat penting bagi kita semua. Tetapi dalam keselamatan untuk pengguna di Malaysia ataupun negara - negara lain merujuk kepada hak dalam mendapatkan sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Hal ini bermakna para pengguna mempunyai hak untuk mendapat keselamatan. Jika barang yang mereka perolehi rosak , mereka boleh menuntut kembali melalui insuran ataupun jaminan yang diluluskan oleh FOMCA dan badan - badan kerajaan yang berkaitan sahaja. Para pengguna juga boleh menuntut hak mereka jika ditipu. Ini kerana para pengguna haruslah menjaga keselamatan mereka.


Kerajaan akan memasukkan peruntukan baru dalam Akta Perlindungan Pengguna(APP) 1999 bagi memberi perlindungan tambahan kepada pengguna yang menandatangani sesuatu perjanjian pembelian.APP dipinda bagi menambah fasal baru berkenaan(terma kontrak yang tidak adil)bagi memberi hak kepada pengguna untuk mencabar perjanjian yang didapati berat sebelah walaupun telah ditandatangani misalnya pembelian kereta.Pindaan APP juga akan mengambil kira penubuhan jawatankuasa khas pemantauan pengiklanan bagi mengawal selia bentuk iklan yang mengelirukan pengguna.Kerajaan Barisan Nasional sensitif  pada setiap kehendak rakyat dan bukannya seperti neger-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti kerajaan Pulau Pinang yang didakwanya mengetepikan kepentingan rakyat.

HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT

Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.Setiap pengguna berhak untuk mendapat maklumat tentang harga barangan yang berpatutan,mutu barangan yang terjamin,berat dan sukatan barangan yang tepat dan cara-cara mengunakan barang tersebut. Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika.Pengguna yang bijak akan selalu melihat pada label sebelum membeli untuk mendapat maklumat tentang tarikh luput,kandungan barangan,maklumat nutrisi,berat kandungan dan logo halal yang disahkan oleh pihak JAKIM.


Sejak kebelakangan ini,pengguna-pengguna sering tertipu tentang khasiat meminum air tapisan.Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia(Wecam) mendapati sebuah syarikat penapisan air mendakwa dengan meminum air tapisan keluaran mereka,sistem imun badan dapat dipertingkatkan,mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan toksik yang terdapat di dalam air tersebut.Dalam satu tinjauan,Wecam juga mendapati bahawa sebuah syarikat mendakwa alat penapisan mereka dapat memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh badan.Pernyataan ini adalah jelas palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.


Tinjauan itu juga mendapati pembelian penapisan air semakin meningkat dan dakwaan palsu kini menjadi-jadi.Piarapakaran,Setiausaha Agung Wecam berkata Wecam telah mengemukakan satu memorandum Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan,Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan meminta mereka supaya mengambil tindakan kepada syarikat penapisan air yang memberi maklumat yang palsu hanya semata-mata ingin mengaut untung yang tinggi.Beliau menasihatkan agar para pengguna supaya menghubungi Wecam atau FOMCA untuk mendapatkan kepastian sebelum membeli alat penapisan air.

HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN

Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.Pengguna haruslah menitik beratkan sama ada harga barang tersebut berpatutan,barang tersebut berada di dalam keadaan yang baik,barang tersebut sesuai dan selamat digunakan dan menepati contoh barang yang diberi atau diiklankan.

HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI

Pengguna berhak untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.Pengguna boleh menuntut ganti rugi sama ada dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan kepada penjual.Sebagai contoh,apabila anda telah membeli makanan dalam tin dan mendapati tarikh luputnya telah luput.Anda boleh menuntut sama ada penggantian tin atau wang dikembalikan kepada anda.Pengguna boleh mendapatkan ganti rugi apabila barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik,mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan,mutu barang tidak seperti dijanjikan dan barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna.


Sejak NCCC ditubuhkan pada 2004,kesedaran orang ramai semakin meningkat walaupun masih pada tahap rendah.Sebenarnya buka sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna di seluruh negara akibat penyelewengan daripada pemberi perkhidmatan.Aduan yang paling banyak diterima pada tahun lalu membabitkan penjualan langsung seperti 'gores & menang' dan cabutan bertuah iaitu sebanyak 2,713 aduan,diikuti perumahan (2,686),komunikasi dan multimedia (2,512) dan skim pelaburan (2,347).Manakala aduan tentang kualiti perkhidmatan dan makanan sebanayak 2,120.Pada tahun 2009 sahaja,terdapat sejumlah RM 210 juta nilai kerugian yang ditanggung oleh pengguna hasil daripada aduan mereka kepada pihak NCCC,manakala pada tahun 2008 pula sebanyak RM 170.Dalam kes berkaitan pembelian rumah,pihak pengguna harus lebih prihatin dengan menyemak semula semua dokumen dan syarat-syarat dalam perjanjian jual beli selain menyiasat kejayaan syarikat pemaju supaya tidak ditimpa masalah pada masa hadapan.Pihak pengguna boleh menghantar aduan dengan menghantar surat ke alamat No 1D,Bangunan SKPPK,Jalan SS91/17,47300 Petaling Jaya,Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-78779000.Selain itu,pengguna juga boleh mengemukakan aduan melalui www.nccc.org.my atau menghantar e-mel ke nccc@org.my


HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

Para pengguna berhak untuk menyatakan pendapat mereka melalui badan atau pergerakan pengguna.Melalui badan atau pergerakan pengguna ini,segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.Dengan cara ini,hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.Segala aduan dapat disalurkan kepada beberapa agensi seperti NCCC,KPDNKK dan lain-lain.

HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN
Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.Para pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan dengan pelbagai cara seperti melalui pendidikan formal di sekolah.Institut Pengajian Tinggi dan pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling,melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA,melalui bengkel,seminar dan ceramah yang barkaitan dengan kepenggunaan dan  juga melalui media masa.Kelab Pengguna juga telah ditubuhkan di peringkat sekolah lagi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan.

HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG BERSIH

Pengguna berhak mendapat persekitaran yang bersih dan sihat.Hak ini melibatkan usaha untuk mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu.Tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif.Ia memaparkan keperluan memelihara dan menlindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat di kalangan ahli-ahli masyarakat sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain.Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara keharmonian alam sekitar seperti menggubal dan menguatkuasakan undang-undang,menerapkan unsur-unsur alam sekitar dalam kukurikulum sekolah dan menjadi ahli kepada konvensyen-konvensyen yang lain.

Jangan Tipu!!!