Saturday, June 12, 2010

KRISIS GULA???!!!!

Krisis gula semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Marilah kita membaca teks ini bersama-sama....


KUALA LUMPUR: Sebuah koperasi di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu ditubuhkan dalam menangani krisis gula yang semakin runcing melanda beberapa negeri di seluruh negara.
Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, koperasi berkenaan perlu menyediakan bekalan gula apabila terdapat permintaan pengguna walaupun berlaku krisis atau khabar angin mengenainya.

“Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga atau kekurangan bekalan, pengguna tidak menjadi panik berikutan bekalan itu sentiasa boleh diperoleh dari koperasi berkenaan.

“Krisis kekurangan gula terjadi akibat ketakutan orang ramai yang bimbang tidak mendapat bekalan lantas mengambil jalan mudah dengan membeli dalam kuantiti berlebihan, sekali gus menyebabkan harga barangan itu meningkat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya melatah dengan khabar angin mengenai krisis gula.

Katanya, orang ramai seharusnya menggunakan kuasa pengguna dalam menentukan harga pasaran dan menyelesaikan isu gula.

Mengulas mengenai tindakan pemborong menyembunyi gula, beliau menyifatkannya sebagai mementingkan diri kerana bertujuan mengaut keuntungan secara berlebihan apabila berlaku krisis.

Nadzim berkata, masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada kementerian serta persatuan pengguna dengan melaporkan aktiviti berkenaan.

Beliau ditemui pada sidang media 'Konvoi Misi Bantuan Amal Kuala Lumpur'-Gerik-Yala,Thailand disini semalam


Konvoi anjuran PPIM dengan kerjasama SCS Communication and Event, Kelab Kembara 4x4 Selangor dan Bernama, Radio 24 akan berlangsung pada 11 sehingga 13 Jun nanti dengan penyertaan seramai 250 orang.

Perjalanan sejauh 600 kilometer yang membabitkan sebanyak 50 buah kenderaan termasuk pacuan empat roda itu bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada individu serta syarikat korporat kepada empat rumah anak yatim di Perak dan tiga lagi di Yala, Thailand.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan, boleh menyalurkan terus ke akaun CIMB Bank, Bluemosque Charity Network 1228-0005- 1520-59.

No comments:

Post a Comment

Jangan Tipu!!!